Tuesday 16 October 2012

Gelisahnya Hati .. :(

Assalammualaikum ..

 

hye sahabat sahabat readers yang teramtlah fyka rindu :D

Lama rasanya fyka tak berceloteh kt sni kan . lately fyka bz sbb PSPM around the selekoh .. heee :p final exam sem 1 tggl bpe hari je lagi na muncul . petang td baru je abes pre-final .

 

Doakan fyka dpt jawab dgn mudah okay :) and success with flying colours . Insya-Allah .. sama sama kita usaha , doa dan tawakal .

 

Ok , bukan sal exam yg fyka nak kongsikan . it actually pasal hati .. fyka taw ramai antara kita yang ada masalah hati kan . termasuklah fyka .. Allahurabbi ..

 

masalah hati yg fyka ckp kn ni bukan lah masalah hati such bercinta or what .. tp nih masalah hati yg sering gelisah , tak tenang .. sedih , or ada sesuatu yg tak sudah .. hmm.. bunyi cam seres (serius) je kan ? mmg seres pun... fyka ade jugak bersama beberapa org kwn yg sentiasa kongsikan tntg masalah hati ni . kami mengalami benda yg sama .

 

fyka cuba search kt tenet tntg masalah hati ni .. fyka ada jumpa pasal PUNCA PUNCA HATI TIDAK BAHAGIA , antaranya :

 

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

 

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. sebab itu org pendendam mudah kena sakit jantung !

 

3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

 

4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

 

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautwalau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

 

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

 

7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

 

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

 

9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya… Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

 

sampai sni je yg fyka boleh kongsikan. harap kita semua dpt menemui jln penyelesaian bg setiap punca hati tidak bahagia ini .. Insya-Allah :) 

 

terima kasih sbb singgah !! :)

3 comments:

  1. jalan penyelesaiannya adalah mengingati Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  2. As salam...
    dik..kata ustaz kakzu belajar..knp hati rasa sedemikian adalah krn allah beri teguran atas pa yg telah kita lakukan..hati begitu krn di hati masih iman..responlah pada gerak hati dgn perbykkan amal ibadah..tapi bila perasaan hati itu dibiarkan. .iaitu....tidak respon dgn perbaiki amalan..lama2 hati akan mati n teguran direct dari ilahi takkan dapat lagi dirasai...wallahu'alam...

    ReplyDelete