Sahabat
Dari ALLAH
Assalamualaikum..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang
terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang
terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara
mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka
mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat
Muslim)
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia
tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak
menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat
wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu
agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Banyak
sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu
mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar
satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat
kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar
ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak,
keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak
gitu?
Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu
juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari
berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka
berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan
tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai
bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan
beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049]
ayat 13)
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan
adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam
membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan
berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka
semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang
bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan
hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat
119)
Pendek
kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih
sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah
SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu
hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat
Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan)
dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan
mensia-siakan anda, sama ada anda
membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh
menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam
membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat
Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk
bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya
seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,
dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu,
jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka
n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan
dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia
suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia
memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu
kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala
matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama
sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika
memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan
kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana
kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan
yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia
dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke
arah itu.
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak
membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin
engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan
mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih
siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus
mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka,
dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya
memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri
sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal
lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata
kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul
atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk
menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia
merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka
pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke
tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau
meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala
kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak
(iman) daripadamu.
Sebaik-baik sahabat
Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa
nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan
hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang
selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat
disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.
Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang
hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya
semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu.
Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa
nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.
Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian
sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah
yang harus dijadikan kawan.”
Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan
hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak
mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab
persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga
dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan
sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam
kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa
kerananya.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi
seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.
Sumber >> Taman2Syurga
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang
tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong."
(An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah
Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm
Al-Kabair.)
COPY PASTE J
EDITED By,
Ukhti Syafika . .
Yang ni SYAKIRAH , :') kemane always BERDUA !
die nih yg mcm chinese ni pun kwn baik sy :)
we all at perak matriculation college , hope our dream will come true !